• No video broadcasters online.
Live Channels List
Live Broadcast Yourself

MUATTURUN
Microsoft Silverlight x32
Microsoft Silverlight x64

Sila klik radio SINTOKFM yang diambil dari sesawang utama di atas sekiranya anda tidak mendengar ianya beroperasi secara auto bagi mengikjuti rancangan yang sedang keudara dari sesawang utama waktu ini. Terima kasih atas perhatian anda.

Login Form
Log in untuk dapatkan menu yang tersembunyi



PANITIA VLEFROG
Penterjemahan
SINTOKFM

listen with Window Media Player   listen with Winamp   listen with iTunes   listen with RealPlayer
$errstr: $errno
Hot software

Berikut ialah perisian yang seharusnya dimiliki asas oleh pengguna komputer masa kini.
Shortcut Virus Remover v3.1
Wondershare PDF Editor 3.5.0.16+Key
pdf2word.exe
pdf2word.txt (serialno)
winhotpot60.exe
hotpotatoes.txt

Info March

INFO JANUARI

INFO MERENTAS DESA 2017

Infotv Mei (1)

FEBRUARY NEWS

INFO FEBUARI

Lagu Hari Guru 2017


Slide ini disediakan oleh pelajar Media Penyiaran

Karangan

Kaedah matematik yang patut dikongsi

 

ANTARA FORMULA MATEMATIK MENARIK YANG SAYA KUTIP DARI BEBERAPA SITE YANG PATUT KITA TAHU?

AD-MathCover

NAB DARAB NO BESAR DENGAN PANTAS

multiply-99

NAK JAWAB DENGAN SIFIR 11

multiply-11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated (Saturday, 14 May 2016 09:01)

 

Memupuk Amalan membaca

sumber : spmsos.blogspot
Langkah memupuk amalan membaca(kerajaan)

Masyarakat Malaysia tidak gemar membaca. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dijalankan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang gemar membaca?

Isi karangan:
1. Mengadakan kempen membaca kebangsaan
2. Sistem peperiksaan lama perlu diubah suai kepada sistem pendidikan berorientasikan     pengetahuan
3. Kemudahan perpustakaan perlu diperbanyakkan
4. Pihak sekolah perlu menjalankan program bacaan meluas
5. Pihak kerajaan perlu mengurangkan cukai pendapatan kepada rakyat yang membeli buku
Jawapan Lisan
Slogan yang berbunyi, “ Membaca Amalan Mulia.” Oleh itu, membaca merupakan satu amalan yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, rakyat Malaysia pada hari ini lebih menyukai menunduk kepala untuk melihat telefon bimbit mereka berbanding mengangkat senaskah surat khabar atau buku untuk membaca. Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil inisiatif untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sedangkan membaca ialah hobi yang berfaedah.
Antara langkah yang perlu dijalankan oleh pihak kerajaan ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen membaca kebangsaan. Melalui kempen kesedaran, rakyat dapat mengenali kepentingan membaca dan faedah yang diperoleh sekiranya membaca. Dengan itu, rakyat amat minat dengan membaca sekali gus menjadikan membaca sebagai amalan seharian. Bak kata pepatah, “ tak kenal maka tak cinta.”
Selain itu, sistem pendidikan yang terlalu bertemakan peperiksaan harus digubah suai menjadi sistem pendidikan yang berorientasikan pengetahuan. Misalnya, pelaksaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah(PBS) telah menggalakkan murid berfikir daripada menghafal apa yang diterangkan di buku teks. Oleh itu, murid-murid telah digalakkan membaca selalu untuk menimba ilmu pengetahuan agar dapat menyelesaikan soalan yang memerlukan pemikiran logic.
Tambahan pula, kemudahan perpustakaan perlu dibanyakkan di setiap penjuru Malaysia agar rakyat Malaysia dapat merebut peluang untuk meminjam buku membaca. Oleh itu, pihak kerajaan boleh bergading bahu dengan pertumbuhann swasta untuk membina dan menjayakan projek pembinaan pusat sumber mini di setiap daerah. Lagipun, perpustakaan bergerak di luar bandar juga boleh diaktifkan untuk mengurangkan kadar buta huruf di luar bandar.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengurangkan cukai pendapatan terhadap rakyat yang gemar membaca. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurang cukai pendapatan seseorang rakyat berdasarkan wang yang diperuntukkan untuk membeli buku. Hal ini dapat merangsangkan masyarakat Malaysia membaca selain dapat mengelakkan pembaziran apabila buku dibeli tidak membaca.
Akhir kata, amalan membaca perlu dimasyarakatkan oleh pihak kerajaaan dari semasa ke semasa kerana amalan membaca mendatang seribu satu keafdalan. Pihak kerajaan harus melangkau langkah pertama ke hadapan agar dapat menjadi modal kepada pihak swasta lain untuk mengembangkan budaya membaca ke akar umbi rakyat.

 

Tujuan sambutan hari guru

Tujuan untuk menyambut Hari Guru.


Isi karangan:
1. Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru
2. Memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid
3. Tanda terima kasih daripada pihak sekolah kepada guru
4. Memberi kesedaran kepada guru agar bertanggungjawab terhadap pekerjaannya
5. Menghidupkan amalan menghormati guru dalam kalangan murid

Jawapan Lisan
Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita.
Antara tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut. Contohnya,  murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan seumpamnya untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.
Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antar guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di kawasan sekolah.
Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada guru daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik. Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.
Manakala, sambutan Hari Guru juga mengadakan program lafaz ikrar daripada guru untuk memberi pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha mengajar murid. Melalui program ini, guru dapat mempunyai kesedaran tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh dipermain-mainkan sahaja, malah harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas dan bersopan-santun dapat dibentuk sekali gus mewujudkan pemimpin yang berwibawa bagi masa depan negara kita.
Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid. Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!

 

Kelebihan pokok kelapa

Entri asal : Razil tahir

Kegunaan Pokok Kelapa

Tahukah anda air kelapa yang anda selalu beli di pasar malam itu datang dari sejenis buah yang dipanggil kelapa? Dan buah tersebut tidak datang secara tiba-tiba dari mana-mana air mata air atau langit. Ia datang dari sejenis pokok yang selalu dipanggil pokok kelapa. Pokok kelaa memiliki akar serabut daunnya berurat selari. Sekoranya anda tidak pernah melihat pokok kelapa, anda boleh meng-google kata kunci tersebut di internet. Pokok kelapa bukan sahaja mampu melambai-lambai di tepi pantai, ia lebih daripada itu. Ia memiliki banyak kelebihan, mungkin lebih banyak daripada anda.


Daun pokok kelapa boleh digunakan untuk membuat ketupat. Dengan adanya daun kelapa, hari raya anda akan menjadi lebih meriah kerana anda boleh makan nasi himpit di pagi raya. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang mustahil sekiranya rumah anda tiada air di hari raya kerana dikatakan ada pihak ingin mempolitikkan isu air di Selangor.


Batang pokok kelapa boleh digunakan untuk membina titi. Titi yang saya maksudkan bukannya Titi Kamal penyanyi INdonesia itu, tetapi titi yang bentuknya seperti jambatan. Ia digunakan untuk melintas parit. Saya pun tak pasti sekiranya titi ini masih wujud kerana kebanyakan kampung sudah pun maju dan mendapat bajet membina jambatan moden dari pihak kerajaan mahupun kerajaan negeri.


Urat daun kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan lidi dan lidi tersebut boleh dibuat penyapu. Itu pun sekiranya anda ada banyak. Kalau setakat dua tiga batang, tidak perlulah anda berharap nak buat penyapu. Kalau anda berdegil, anda mungkin akan menyesal kerana terpaksa mengambil masa seminggu untuk membersihkan halaman rumah anda.Bak kata orang tua-tua, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."


Air kelapa boleh dijadikan minuman bagi menghilangkan dahaga. Bukan itu saja, air kelapa juga dikatakan boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti demam campak. Selain itu, menjual air kelapa boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan memandangkan kelapa sejenis buah yang tumbuh sepanjang tahun dan tidak bermusim. Air kelapa juga sering mendapat perhatian yang tinggi beranding air bandung dan air mangga kerana rasanya yang sedap dan tidak menyebabkan sembelit, tapi air bandung dan air angga pun tidak menyebabkan sembelit.


Tempurung kelapa boleh dijadikan sesuatu dalam Sukan Tahunan sekolah. Sekolah rendah saya dahulu selalu minta murid-murid membawa tempurung kelapa ke sekolah sempena sukan, tetapi saya pun tak pasti di mana mereka letakkan tempurung itu semua. Saya rasa, mereka guna, cuma saya saja yang tidak pasti.


Selain itu, kelapa juga boleh diparut menghasilkan kelapa parut. Kelapa parut ini boleh digunakan dalam masakan. Selain itu, santan kelapa juga boleh diperah dan digunakan dalam bahan masakan seperti nasi lemak, rendang dan kari. Walaupun ramai orang mula menggunakan susu sejat bagi menggantikan santan yang dikatakan tinggi kolestrol, namun penggunakan santan masih popular dalam kalangan pesakit sakit jantung dan darah tinggi yang degil dan tidak memakan saman.


Banyak sungguh kelebihan dan kegunaan pokok kelapa. Kita amat bertuah kerana pokok kelapa tidak boleh digunakan untuk membuat kertas. Jika ya, pasti ia sedang mengalami kepupusan dan kita terpaksa menggunakan daun kelapa sawit untuk membuat ketupat di hari lebaran. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai ciptaan Allah yang amat berharga ini dan jangan asyik membebel mengenai pokok lain yang kerap gugur daunnya.





“Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My“

 

Perpustakaan

Entri asal : karangansr.blogspot

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.

Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.
Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Ini ini pasti akan membantu kita bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita perolehi

 
More Articles...
|