skbbs@skbbsintok.net
Oleh kerana SAPS telah menyediakan perkhidmatan markah online maka dengan secara rasminya Keputusan Peperiksaan Online sekolah ditutup, demi mengurangkan beban kerja SU. Klik di bawah utk dapatkan keputusan markah peperiksaan anak anda. Harap maklum
SISTEM AUTOMASI PEPERIKSAAN SEKOLAH
SINTOKFM telah pun disusun jadual dengan rancangan yang padat dan dan pastinya bakal memberikan info yang berbeza dari siaran radio lain. SINTOKFM sudah bersiaran 24 jam, walaubagaimanapun antara jam 9.00 pagi - 1.00 petang setiap hari persekolahan SINTOKFM akan ke udara dengan siaran yang penuh ilmiah. Lain-lain waktu termasuk hari cuti SINTOKFM akan keudara secara AUTODJ. Klik untuk melihat susunan rancangan.
Hari Persaraan Ustazah Rokiah
18 Januari 2012 adalah merupakan hari terakhir perkhidmatannya sebagai seorang guru kerana telah berkhidmat selama lebih 30 tahun. Pelbagai acara diadakan dalam keadaan yang serba sederhana untuk menyambut hari-hari terakhir ustazah. Setelah acara sent off, warga SKBBS telah menghadiri kenduri di rumah Ustazah Rokiah. Kali ini ustazah Rokiah disambut dengan kereta baru kepunyaan cikgu Alawiyah.
SENARIO TAMAT PERKHIDMATAN USTAZAH ROKIAH
Last Updated ( Tuesday, 17 January 2012 19:05 )
Keputusan UPSR 2011Keputusan UPSR tahun ini telah diumumkan pada 17 November 2011, betul2 pada hari terakhir persekolahan untuk sesi 2011. Tahun ini keputusan UPSR meningkat dari tahun lalu berdasarkan peratusan. Begitu juga dari segi gred purata. Walaubagaimanapun pelajar yang mendapat 5A merosot kepada 18 orang sahaja. Bagaimana peratusan matapelajaran Matematik meningkat dengan hebatnya. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya teruskan langkah kerana masih banyak lagi jalan yang harus diterokai. Selamat berhijrah ke Sekolah Menengah. Last Updated ( Thursday, 17 November 2011 22:41 ) Hari Graduasi 201116 November 2011, SKBBS sekali lagi mengadakan Hari Graduasi untuk pelajar tahun 6 bagi sessi 2011 ini. Dengan berjubah biru, pelajar-pelajar kelihatan segak bergaya. Hari Graduasi telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kedah. Selepas selesai menyampaikan anugerah kepada semua pelajar, Tuan Pengarah telah naik ke konti untuk merasmikan SINTOKFM, satu-satunya Radio Internet di negeri Kedah Darul Aman. Last Updated ( Thursday, 17 November 2011 22:37 ) |
Jamuan Guru 201114 november 2011, Guru dan staf SKBBS telah menghadiri jamuan perpisahan tahunan yang menjadi satu acara tahunan di Ocean View Brasmana , Kuala Perlis. Pelbagai juadah berupa HI Tea telah dirancangkan oleh Kelab Kebajikan yang dipengerusikan oleh Cikgu Shahrizan. Dengan bantuan cikgu Yati, pakar penyediaan makanan akhirnya jamuan ini menjadi kenyataan. Kepada cikgu Hafizah terima kasih atas kerjasama dan kerja kuat anda selama ini. Jangan lupakan SKBBS apabila anda berada di sekolah yang baru nanti. Last Updated ( Thursday, 17 November 2011 22:31 ) Kejohanan Sukan kali ke10 SKBBSPada 25 Oktober 2011, Kejohanan Sukan kali ke 10 telah diadakan di padang SKBBS. Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah, Tuan Haji Rooslee b. Hj Ismail. Walaupun kejohanan ini bermula lewat 1 1/2 jam dari yang sepatutnya namun kejohanan kali ini tetap meriah dan berjaya ditamatkan pada jam 7.00 malam. Acara waris juga mendapat sambutan yang hebat dari kalangan waris, begitu juga dengan acara 4 x 100 jemputan. Nampaknya tahun ini SKBBS berjaya membolot kedua-dua kategori acara jemputan yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun tahniah dan terima kasih kerana semua pasukan yang turut serta.Berikut beberapa senario yang sempat dirakam. Last Updated ( Wednesday, 26 October 2011 10:05 ) |
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
Page 1 of 3































































